PROMOSI
Berfikir Gaya Al Fateh
Prebiu buku: http://www.youtube.com/watch?v=ib_mrX19sso
Tajuk : Berfikir Gaya Al Fateh
Penulis : Muhammad Syaari Abdul Rahman
Harga : RM 35.00
ISBN : 978-967-5564-36-9
Mukasurat : 288
Sinopsis
Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubi (Pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (Pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).
Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai:
“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk)
adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”
(Direkodkan oleh Ahmad)
Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilan Berfikir Gaya Al-Fateh.
Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut:
Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam
Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II?
Apakah 'kuasa mental' dan 'kekuatan minda' sebenar Al-Fateh?
Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh?
Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman?
Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?
Puasa Terapi Ibadah
Ramadhan Sudah Menyinsing. Sudahkah kita bersedia dengan bekalan ilmu didada?
Tajuk : Puasa Terapi Ibadah
Penulis : Agus Mustofa
Harga : RM 15.90
ISBN : 978-967-5564-36-9
Mukasurat : 206
Sinopsis
Membongkar rahsia keajaiban berpuasa sebagai terapi kesihatan yang holistik menurut Quran, hadis dan sains.
Puasa adalah ibadah yang luar biasa.
Semakin kita komited dalam berpuasa, semakin sihat tubuh, jiwa dan minda kita.
Apakah rahsia yang terselindung di sebalik keajaiban ibadah puasa ini?
Puasa, Terapi dalam Ibadah ada jawapannya. Buku ini menjawab persoalan utama, berkaitan komitmen kita dalam melaksanakan ibadah puasa. Mengapa kita berpuasa? Apakah hikmah di sebaliknya? Apakah rahsia dan keajaiban yang terselindung? Apakah manfaat puasa kepada tubuh, jiwa dan minda kita?
Mari kita terokai keajaiban dan mukjizat ibadah puasa melalui Puasa, Terapi dalam Ibadah.
Rasulullah is my Doctor
Mahukan Tips2 kesihatan yang hebat dari Rasulullah SAW?
Tajuk : Rasulullah Is My Doctor
Penulis : Jerry D. Gray
Harga : RM 25.00
ISBN : 978-967-366-137-4
Mukasurat : 280
Sinopsis
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."
Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.
Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.
Tafsir Ayat-Ayat Ramadan
Ramadhan Sudah Menyinsing. Sudahkah kita bersedia dengan bekalan ilmu didada?
Tajuk : Tafsir Ayat-Ayat Ramadan
Penulis : Heizal Hezry Omar
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-0127-36-1
Mukasurat : 206
Sinopsis
Buku ini adalah sebahagian daripada kunci bagi memahami rahsia Ramadan melalui perspektif al-Quran. Buku ini membawa pembaca menerokai ayat-ayat Allah yang berkaitan dengan Ramadan sama ada dari sudut amal ibadahnya mahupun segala hukum hakam yang disyariatkan kepada seluruh ummah manusia.
Untuk tempahan online, boleh SMS/Whatsapp saya, Rafaei:0195770994
FB Page : ( http://www.facebook.com/pages/Pustaka-Al-Murshid/431175226966902 )
FB Owner : (www.facebook.com/rifaei.alaustraliyy)
Subscribe to:
Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment