Tajuk : Khalifah Ganti Superman
Penulis : Muhammad Ali Hashim
Harga : RM 46.00
ISBN : 9789676125163
Mukasurat : 409
Utusan Publication Sdn Bhd
Bicara Ilmu: www.youtube.com/watch?v=uzJqNwfO0CE
Sinopsis
“Ideologi penjajahan Barat antara faktor mencorak
persepsi, minda dan jiwa umat dan sangat mendalam kesannya sehingga
ramai menyangka terdapat superiority pada Barat. Barat dianggap perkasa
dengan kemajuan industri, organisasi dan teknologi, dan selagi mereka
perkasa, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menciplak Barat untuk
mendapat akses kepada sumber kekuatannya. Penundukan ini membuat imej
”Superman” ciptaan Barat lekat di minda. Langsung terdapat ramai di
dunia Islam yang kemudiannya menciplak Barat untuk menjadi seperti
Superman.”
MENGENAI TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM
Tan
Sri Muhammad Ali Hashim merupakan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif
Johor Corporation (JCorp) dan telah menjadi CEO selama lebih 28 tahun
(semenjak 1 Januari 1982).
Dalam tempoh tersebut, hasil usaha
gigih barisan Intrapreneur JCorp (atau Usahawan Amanah JCorp) telah
memangkinkan Kumpulan JCorp berkembang sebagai salah sebuah badan
korporat utama di Malaysia yang menerajui pasaran dalam beberapa bisnes
strategik (sila lihat mengenai JCorp).
Muhammad Ali juga
merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM),
Pengerusi Biro Korporat DPIM dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation
Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad).
Waqaf
An-Nur Corporation Berhad merupakan syarikat jaminan terhad yang
bertanggungjawab bagi mengurus ekuiti JCorp dalam syarikat-syarikat
tersenarainya yang telah diwaqafkan.
Pada 3 Ogos 2006, JCorp
telah mewaqafkan saham bernilai RM200 juta (Nilai Aset Bersih) kepada
Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Ianya merupakan langkah pertama yang
diambil dalam transformasi JCorp kepada “Perbadanan Waqaf” pertama di
dunia, Insya Allah.
Pada 2007, JCorp telah sekali lagi mewaqafkan
saham miliknya di dalam syarikat TPM Management Sdn Bhd yang memiliki
premis membeli belah Larkin Sentral di Johor Bahru, bernilai RM50.3 juta
(Nilai Aset Bersih). Larkin Sentral membentuk sejarah sebagai pusat
membeli belah pertama yang diwaqafkan sekaligus meningkatkan nilai
terkumpul Waqaf Korporat oleh JCorp menjadi RM250 juta.
Konsep Perbadanan Waqaf JCorp merupakan satu strategi dalam menjayakan misi korporatnya, “Jihad Bisnes”.
No comments:
Post a Comment